Friday 23 November 2012

Warna-Warni Si pecinta Kuku



Sebagai seorang wanita, pasti anda inginkan personaliti lain daripada yang lain dalam menyerlahkan aura kejelitaan. Begitu jugalah dengan penjagaan diri, bukan dimuka sahaja perlu diutamakan, malah penjagaan kuku juga merupakan asset penting dalam melabelkan personaliti diri.


Nahhh! Banyak kan warna-warna menarik ? Ada hijau, merah, biru, ungu dan banyak lagi. Saya juga telah mencubanya, ternyata warnanya amat menarik ! Bagi si cantik yang gemar merias kuku, anda bolehlah menggunakan pelbagai warna daripada jenama ini. Pewarna kuku yang telah saya guna juga membuktikan bahawa warna tidak mudah terhakis. 


Comot? Usah risau ! Ianya juga mudah dipadamkan apabila terkena di permukaan kulit. Kebanyakkan produk daripada jenama FM Cosmetics Malaysia ini terdiri daripada vitamin yang baik untuk penjagaan diri. Harganya juga berpatutan dengan hanya RM 32.00 sebotol untuk 10ml. Jom rias kuku dengan cantik! XD



Untuk pengetahuan, produk ini juga menyediakan cecair untuk menghilangkan pewarna kuku ini iaitu "Nail Lacquer Remover" yang berharga RM22.00 untuk 100ml. Selain menghilangkan warna pada kuku, cecair yang kaya dengan protein ini juga mampu menjaga kulit kuku anda untuk tampak bersih dan sempurna selepas dicuci.Selain itu, terdapat juga "Nail Lacquer Drying Spray" yang berharga RM28.50 untuk 50ml dalam menyerikan penjagaan kuku.


Akhir sekali, FM Cosmetis Malaysia juga menyediakan penjagaan kuku seperti "Curticle Softener", "Nail Conditioner With Silk", "Nail Conditioner With Calcium", "Nail Hardener" dan "Nail Conditioner With Keratin" yang setiap botolnya berharga RM28.50 untuk 10ml.

P/s : Tak rugi cantikkan kuku dengan produk yang bervitamin ye dak ? Sorry lah, tangan eden tak lawa, kuku pun kontot! Hahaha. Well, selamat menjamu mata :)

No comments:

Post a Comment